KEINDAHAN DAN KECERIAAN
Pihak JKKK dan penduduk berazam akan terus menjaga kebersihan, keindahan dan kemajuan dengan cara:
Sentiasa bergotong–royong menjaga kebersihan di sekitar kedai-kedai, rumah kediaman, halaman dan kawasan rumah dengan menyediakan tong sampah dan tapak pelupusan yang teratur.
Menggunakan peruntukan yang diberi Kerajaan untuk menambahbaik kemudahan awam, keindahan lanskap serta menyenggara sistem perparitan dan jalan.
Sentiasa berusaha berterusan menanam dan menjaga pokok-pokok bunga dan pokok hiasan. Di sebelah luar jalan telah mula diusahakan penanaman pokok limau kasturi yang juga boleh mendatangkan hasil.
Matlamat kami dimasa akan datang ialah untuk mengupah seorang pekerja sambilan khusus untuk menjaga keindahan kampung disamping meneruskan kerja gotong-royong.
Monday, April 7, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)